Wednesday 15 January 2014

Kisah bersalin kali ke-4


Tu dia...tajuk kemain loud and clear gitu. Main letak je tajuk yang terlintas kat kepala. hehe.

Assalamualaikum warahmatullah.

Dah lama bertangguh nak buat entry pasal kisah bersalin hari tu. Takut makin lama tangguh makin lupa ingatan pulak aku nanti. Tak mustahil gak tu. Orang pon salu cakap banyak urat putus time bersalin. haha. Ok, not funny.

How I wish dapat menulis sesuatu pasal proses kelahiran kali ke-4 ini.Yang mana mungkin menjadi kenangan terakhir melalui nya.

Jom lah flashback.

16/12/2013 (ISNIN)

Masih gigih ke opis setel kan kijo. Mood bos apek pon makin teruk lately. Asyik lah nak cari pasal dengan mak buyung ni. Memang sangat2 down nak melayan karenahnya. Nasib la kan kijo finance gini bila due dedekat nak raya cina. Bos nak raya, nak pitih banyak2, ko lak sibukkkk nak banak.

Petang tu balik kijo dengan hati sebal sedikit sebab ada lagi kijo last minute tak setel dek pe'el moody bos apek. Let is go je lah, pujuk hati. Nak melayan memang takkan abih punya.

Malam tu masuk tidur awal. Penat otak. Badan pon lesu semacam. Masa ni berat badan dah nak cecah hampir 70kg. Perut kemain besar lagi, gemuk sungguh rasanya. hehe. Tak sabar nak tunggu 19/12 untuk check up, nak scan latest berat baby. Risau gak sebab peknen kali ni dah last trimester pon berat badan masih naik lg. Takut naik berat tu semata sebab berat baby yang bertambah. Baby terlalu besar sangat lah tidak bagus untuk proses kelahiran. huhu.

Jam 2.30 pagi, tersedar nak ke tandas.

Sekali ada stain lak kat panties. Lendir bercampur blood sikit. Ok cuak jap. Sakit memang tak ada lagi masa ni. Pahtu cam rilex je sebab memang dah expecting akan deliver anytime bila dah cecah minggu ke-38 even due on 30/12.

Bagitahu Cik Abe dah keluar tanda kot. Tapi aku cakap nak tunggu mai rasa sakit kontraksi dulu lah baru ke hospital. Yang tak syok nya, memang tak leh nak sambung tidur lah lepas tu. Sempat lah buat solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran ini. Debar2 tapi dalam masa sama, tak sabar2 nak cecepat bersalin. Tak larat nak bawak perut dah. hehe.

Sampai jam 5 pagi, sakit kontraksi tak mai2. Betul ka nak banak ni banggggg?

Jam 5.30 pagi, nekad je lah ke Hospital Putrajaya. Anak2 semua kami hantar ke taska dorang, ada anak buah tolong jaga situ. Sampai hospital, sekali wad dan bilik bersalin nya semua penuh. Tapi depa terima gak lah kawe. Masuk bilik check up, doktor cek bukaan dah 3cm. Ingatkan depa nak tahan terus ler, sekali depa suruh aku balik rumah dulu. Eh ehhhhh. Biar betul. Alasan depa sebab bilik suma penuh dan keadaan aku tidak kritikal. Logik ka?

Logik tak logik, aku pon terima arahan je lah. Jom lah balik dulu. Rehat2, makan2 dan simpan tenaga nak bersalin depa kata. Yer lah tu.

17/12/2013 (SELASA)

Jam 7 pagi keluar dari perkarangan hospital. Sempat singgah opis jap nak ambil barang. Jam 8.30 pagi dah sampai rumah. Mula rasa MILD kontraksi.

Mak kat kampung lak cuak giler bila tau aku disuruh balik. Risau sgt dia kot aku banak kat rumah. Aku pon risau gak benarnya. hahaha.

Bila dah mai rasa sakit kontraksi tu lagi senang nak monitor. Aku target by jam 9.30am - 10am boleh lah ke hospital balik. Bagi can Cik Abe take nap jap. Sian dia tak lena tidur semalamam. Aku pon ngantuk gak ler, tapi dah sakit gitu memang tak ada perasaan nak tidur dah ler.

Buat air milo, makan kurma je lalu. Telan telur mentah sebiji. Petua katanya. Buat je lah.

Jam 10 pagi, kami siap ke hospital balik. Masa ni kekerapan kontraksi dah mai selang 10 minit. Sampai di hospital, sekali kena sound la pulak dek nurses yang bertugas masa tu. Dah bertukar shift dah nurses yang aku jumpa pagi tadi.

Bertalu2 depa tanya betul ka aku di arahkan balik walau bukaan dan 3cm masa kunjungan pertama kami dinihari tu. Iyo lah ku cakap, siap tunjuk surat referal yang doktor keluarkan masa tu. Aku terima arahan saja, kot ada silap arahan atau prosedur tu korang punya hal. Aku pon dah argue, tetap lah depa suruh aku balik. Rupanya arahan tu sepatutnya arah aku ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8 katanya. Sebab situ masih ada kekosongan bilik bersalin.

Apa2 je lah. Malas nak fikir. Argue la korang. haha. Masa tu pon bilik bersalin dah ada kosong.  Alhamdulillah. Aku di bawa ke bilik check up, Doktor cek bukaan dah 7cm at jam 11 pagi tu. Terus di suruh tukar baju pakai baju hospital dan diberi ubat lawas untuk membuang isi perut semua.

Satu yang amat berbeza kali ni sakit kontraksi tu tak terasa sakit sangat. Layannnnn je sakit tu bila mai. Cukup sekadar amalkan petua tarik nafas dalam2, kemudian hembus pelan2 guna mulut. Ayat Kursi, ayat 1000 dinar dan doa nabi Nuh sentiasa lah di lafazkan.  Tenang sungguh melayan sakit kontraksi kali ni. Kalau dulu segala petua sesilap leh hilang dalam ingatan dek terbawa sangat rasa sakit tu.

Pendek kata sakit kontraksi tu tak menggangu emosi sangat cam bersalin yang dulu2. Sempat berlintas langsung chats dgn kekawan thru whatsaps/facebook sampai detik akhir nak push baby. Kagum suma orang. haha. Thanks to technology. Mungkin sebab ianya natural birth, tak disumbat drip induce ke apa. Kalau dulu, bila mai sakit tu rasa nak terbalik katil menahan sakitnya. Siap sedut gas lagi nak bagi kurang sakit tapi sakit tak kurang gak.

Jam 12 tgh hari aku ditolak masuk ke bilik bersalin. Doktor pecahkan air ketuban. Masa ni pon aku masih dalam keadaan santai melayan kontraksi. Tau2 doktor cakap dah boleh mula meneran. MasyaaAllah. It's time already. Baru lah sibuk nak simpan henpon. hehe.

Masa nak teran ni lah UJIAN sebetulnya mai pada aku. AllahhuAkbar. Di tarik 'nikmat' sakit kontraksi, tapi di anugerahkan aku susah nak push out baby dek baby besar. Bila kepala baby mula 'crowning' aku sempat dengar nurse menjerit the process will be tough.

Hampir 10 orang termasuk nurse dan doktor dok 'kerja' kan aku. huhu. My Cik Abe lah kekuatan aku masa tu. Aku cuma ingat maybe sampai sini je kot nyawa ni. Cubaan demi cubaan dibuat, sampai kan hampir putus asa jugak lah aku pon. Satu ketika, aku berjaya kumpul kan balik semua kekuatan yang masih tinggal dengan air mata berjurai memohon agar baby selamat di lahir kan. 

Dalam susah payah, getirnya memerah kudrat akhirnya lahir gak my baby girl at 12.23 noon dengan berat 3.9kg. Bapok besar!!! Hampir 1/2 jam berjuang. Baby pon dah stat berak dalam perut bila dah last2 tu. Lagi lah terdesak kena cecepat keluarkan baby. Pahtu katanya bila kepala baby dah lepas, bahu baby lak sangkut kejap. Luckily sangkut less than 10 saat. If more than 10 saat, Allah je tau apa nasib baby kecil ku itu. Masa bahu sangkut ni lah doktor terpaksa gak buat sedikit episiotomi. huhu.

Baby pose after 2 jam deliver


Lega selega nya bila dah selamat melahirkan. Alhamdulillah kami berdua selamat, sihat sejahtera. Lama gak lah kena stay dalam bilik bersalin tu sebab wad penuh katanya. Tapi selesa je bilik bersalin tu pon, Cik Abe pon boleh duduk teman kan sekali. Hampir jam 4.30 ptg baru lah aku di sorong masuk ke wad. Dan buat pertama kali gak aku merasa tidur bermalam dalam wad. Rezeki anak ke-4. Hehe. Anak2 sebelum ni semua lahir waktu dinihari, by petang tu dah boleh discaj balik rumah. Kali ni, esoknya jam 3 ptg baru discaj.

Memang di luar jangka ku lah baby leh membesar sehingga 3.9kg dalam perut. Last check up 2 minggu sebelum nya doktor estimate berat baby lam 3.3kg. Kami jangka kan baby bakal cecah 3.6 kg bila saat melahirkan. For info, last deliver masa Auni berat dia 3.5kg. Memang ada possibilities baby selepasnya akan makin besar. Normal nya gitu. Masa zaman Aisyah dan Ainaa berat depa berdua tak cecah 3kg pon, Aisyah 2.93kg, Ainaa 2.95kg.

Overall, walau diklasifikasi kan kelahiran kali ni pon mudah macam kelahiran ketiga2 anak yang terdahulu tapi Doktor telah meletak kan syarat untuk kelahiran akan datang, jika ada lah. Atas faktor kelahiran berisiko baby besar, kelahiran seterusnya disyorkan secara pembedahan (caeseran) serta merta.

Dan rasanya cukup lah takat 4 orang saja yang ada ni. Walau semuanya perempuan berderet, kami REDHA. Rezeki kami begini. Nama nak mencuba lagi utk zuriat lelaki tu, rasanya tidak lah kot. Cukup, cukup sudahhhhhh. Penat berharap sebetulnya. hehe.

Yang pasti, lelaki ke perempuan, sakit seksa bersalin tu SAMA saja kot. Bayangkan after bertarung nyawa melahirkan zuriat yang ini, ada gak suara 'sinis' berkata "POMPUAN LAGI KA SU?"...huhu. Pada ALLAH kami berserah.




 
  


3 comments:

  1. alhamdulillah..aku yg baca pulak rasa macam nak beranak.huhu
    ko sama ngan aku, telan telur mentah sebiji. konfem segar sampai ke hari esoknya
    cium utk baby tu ye

    ReplyDelete
  2. Nebes pulak baca entry ni sebab saya tengah menunggu masa.
    1st time.. takut nyaaaa :-/

    ReplyDelete
  3. As Salam,

    Irfa,
    Petua telur mentah tu mmg menjadik kot. And jgn lupa mkn kurma gak. InsyaAllah, dipermudahkan.

    Dekdaa,
    InsyaAllah Kaksu doa kan moga semua dipermudahkan dan semua selamat nanti. Lain org lain rezeki nya bab bersalin ni. Jgn takut2, redahhhhhhh saja. haha. Take care dear.

    ReplyDelete