Friday 20 November 2015

No title...


I need some break...

Minggu ni rasa exhausted ntah apa2. Hari selasa pergi pejabat pos nak renew lesen memandu, alih2 tak boleh renew kena ke JPJ sebab ada data tak lengkap apa ntah. Berikutan aku baru tukar alamat kat IC baru ari tu ler. Gatai pergi update alamat baru.  So ke JPJ lah kita.

Hari Rabu kena ke sekolah anak2 amik report, sorang sesi pagi, sorang sesi petang. Dah amik report boleh bawa anak balik sekali. Dah satu hal kena hantar balik semua. Dua trip sebab gap time dua badik tu pahtu nak bawa balik opis pon takleh sebab bos menempel ja kat opis. Hoihhhh. Kulu kilir, kuar masuk opis, main cilok2 ja tak amik cuti pon lesai kan hal semua. Semalam Khamis tak pasal2 stuck half day kat MAHSA Universiti dek amik appointment dental kat situ. Treatment by dentist student katanya, so layan je lah dia punya details checking and report. haha. Adeh laa. Nak jimat punya pasal, bayar RM 10 ja per visit.

Sabtu esok ada Hari Orientasi Darjah 1 Auni. Kena pakai unifom sekolah sesiap. Mujur gak lah baju dan kasut sekolah nya dah ada. Baju uniform sekolah tu aku beli bulan 3 dulu masa Tesco 'lelong' stok akhir. Tak sesia mak ko gigih soping baju sekolah awal2. Hope Auni boleh buat terbaik esok, ada exam untuk tentukan kelas nya nanti.

Ahad lak ada Hari Konvo Auni. Hari2 dia pesan jangan lupa tarikhnya tu Auni kena naik pentas, pakai jubah, buat persembahan. Mama kena pergi, bawa baby bawa semua kata nya. Macam tau2 ja mamanya tak gigih nak kelek baby nak bertapa kat tempat crowded gitu. haha. Mesti lah mama pergi, konvo kot. Biar pon taraf tadika ja katanya. hehe.

Hari ni hari terakhir sesi persekolah tahun ni. Masing2 ada jamuan kelas. Just buatkan pasta goreng untuk dorang bawa ke sekolah. Pahtu beli kan kek pisang. Setel.








No comments:

Post a Comment